ke laman rasmi kantin SKBD
Sebarang pertanyaan sila hubungi : contact@myskbd.edu.my
Kantin sekolah merupakan suatu tempat yang penting dalam mewujudkan berbagai-bagaI pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi membina pengetahuan, sikap dan amalan dalam kalangan generasi muda terhadap makanan dan pemakanan, kebersihan dan keselamatan makanan serta tabiat-tabiat sosial seperti beratur untuk diberi layanan, bersopan santun, dan amalan-amalan disiplin yang lain.
Di samping itu, kantin sekolah juga merupakan satu tempat berlakunya berbagai-bagai jenis interaksi dan aktiviti-aktiviti sama ada di kalangan murid-murid, guru-guru dan pekerja-pekerja sekolah seperti: Penjualan dan pembelian makanan dan minuman. Penyediaan, penyimpanan, penghidangan dan penggunaan makanan dan minuman yang dijual ataupun diberi secara percuma di bawah rancangan-rancangan tertentu. Kegiatan-kegiatan rehat dan istirehat. Permainan-permainan ringan seperti ping pong, catur dan lain-lain. Majlis-majlis perjumpaan, perbincangan dan lain-lain anjuran pihak sekolah, ibu bapa ataupun masyarakat.
Mengadakan program keceriaan di persekitaran kantin.
Memastikan setiap bahagian di kantin diselenggarakan dengan baik untuk menghasilkan kawasan kantin yang bersih, cantik dan menarik.
Membantu dalam merancang dan meningkatkan kebersihan dan keceriaan kantin.
Penasihat kepada pekerja-pekerja kantin dan Penguasa Kantin.
Menjaga kebersihan keseluruhan bangunan dan kawasan kantin.
Mendapatkan kerjasama pekerja kantin bagi menangkap kucing liar / anjing liar.
Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan kantin.
Lawatan ke sekolah lain
Kempen Gotong Royong
Ceramah-ceramah kebersihan kantin
Pertandingan Mengarang esei kebersihan kantin
Memesan dan mengagihkan bahan-bahan dan barang- barang seperti sabun, ubat longkang, penyapu, tong sampah bersih.
Menanam bunga / pokok di kawasan kantin
Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pelajaran / Kesihatan.
Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
Memastikan makanan halal. (Sila rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 1/10/981 bertarikh 9 Februari 1981)
Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selama serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
Memastikan keadaan luar dan dalam kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.
Memastikan pihak pengusaha kantin berada di permis supaya mudah dihubungi.
Memastikan semua penjual dan kakitangan kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
Memastikan semua makana ditutup dengan tudung saji / kain maslin / disimpan dalam bekas yang bertutup.
Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.
Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.
Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
Membuat laporan bulanan kepada Guru Besar / PK HEM tentang prestasi kantin.
Mengadakan mesyuarat jawatankuasa 3 kali setahun dan perbincangan dari masa ke masa.
Membuat laporan mingguan di dalam buku / borang laporan kantin.
Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
Memastikan murid-murid beratur semasa membeli.